Tuesday, September 1, 2009

Lawak

1) Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya...

Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus
menulis surat kepada ayah untuk meminta wang.
Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta
wang sebanyak Rm1000 dari ayah,

walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak.
Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam,
ayah maafkan saya.

Salam dari anakanda,
Sarip.


p/s Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini,
jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil
surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali
surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah.
Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini,
tapi sudah terlambat.


Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas..

Untuk Sarip,
"Nak, doamu sudah dimakbulkan.
Suratmu tidak pernah ayah terima"

Dari Ayahmu.



2) Seorang penumpang teksi mencuit bahu pemandu teksi yang dinaikinya. Terkejut dengan cuitan itu, pemandu teksi hilang kawalan menyebabkan teksinya melelong lalu melanggar divider jalan.

Selepas dapat memberhentikan teksinya, pemandu itu spontan bercakap. "Ingat…. Jangan sesekali buat begitu lagi. Awak menakutkan saya!"

Penumpang tadi meminta maaf sambil berkata: "Saya tak sangka pakcik terkejut sangat dengan cuitan saya tadi."

Dengan selamba pakcik itu menjawab: "Mau tak terkejut.. Yelah, ni hari pertama pakcik bawa teksi selepas 12 tahun jadi PEMANDU KERETA JENAZAH. kau faham-faham sajalah!"


3)Seorang kaya bersiar siar dalam sebuah kampung. Lalu tersempak la dengan sekeluarga miskin yang sedang memakan rumput…

Orang Kaya : Kenapa kau makan rumput ?

Orang Miskin : Aku makan rumput kerana aku terlalu lapar.

Orang Kaya : Sedap ke makan rumput ni ?

Orang Miskin : Setelah tak makan seminggu, rumput inilah makanan paling sedap.

Orang Kaya : Apa kata kalau kamu ikut aku ke rumahku. Aku belanja kamu makan besar.

Orang Miskin : Betul ke ni Orang Kaya? Boleh ke aku bawa keluarga aku bersama?

Orang Kaya : Boleh. Lagi ramai lagi bagus!

Orang Miskin : Terima kasih wahai Org Kaya. Tapi makanan cukup ke untuk kami sekeluarga yang ramai ni?

Orang Kaya : Gerenti cukup! Rumput lalang kat rumah aku tu lebih dua meter tinggi nye!


4) Dalam satu kelas darjah satu,seorang ustaz bertanya kepada pelajarnya..

"Kamu hendak ke mana?... syurga atau neraka?.. siapa yang hendak ke syurga..angkat tangan...!!" Maka, semua pelajarnya pun mengangkat tangan kecuali seorang murid.

Kemudian ustaz itu pun bertanya lagi, "siapa hendak ke neraka?"... Semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk seorang murid tadi... Dengan kehairanan ustaz itu bertanya..

"Bila saya tanya nak masuk syurga..awak tak angkat tangan.. bila saya tanya nak ke neraka pun awak tak angkat tangan... .habis awak nak ke mana??".

Jawab murid itu: "saya tidak mahu pergi ke mana ustaz.. bapa saya suruh saya datang sini belajar,dia pesan.. jangan pergi kemana-mana,tunggu sampai dia jemput"...

No comments:

Post a Comment